Inilah sutnya.
Salam sejahtera kawan-kawan! Bertemu lagi kami di hari yang amat indah ini . Saya amat sibuk di cuti sekolah Mac saya. Ia dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti anjuran sekolah, dan juga masa saya dan juga keluarga saya mengikat silaturrahim. Di antara aktiviti-aktiviti anjuran sekolah, ialah Kem Pengawas, dan Kem NCC. Kem Pengawas terletak pada hari Isnin sahaja, manakala Kem NCC terletak pada hari Khamis dan Jumaat. Kem-kem itu telah mengajar saya untuk menjadi ketua yang lebih bertanggungjawab. Walaupun ia mengambil sebahagian daripada cuti sekolah saya, saya mendapati bahawa kedua-dua kem itu sangat seronok. Aktiviti lain yang saya mahu memberitahu anda ialah apabila saya dicabar untuk berlari sepuas hati di dalam pusat membeli-belah berdekatan... memakai selengkap sut. Pada mulanya, saya menolak cabaran itu. Tetapi selepas banyak desakan oleh adik-beradik dan saudara-mara saya, saya mengalah dengan berat hati. Itulah hari yang paling saya tidak akan lupakan.

No comments:
Post a Comment