Thursday, 14 April 2011

Hari Raya tahun lepas

(Dari kiri ke kanan) Abang Farhanku sayang, saya, Abang Faizalku sayang.



Salam sejahtera, apa khabar? Jika awak pernah membaca catatanku beberapa minggu lepas, awak mungkin tahu yang saya suka sangat apabila saya mendapat peluang untuk mendapat duit. Tidak kiralah, kerja, ataupun Hari Raya kegemaranku. Pada bulan Syawal setiap tahun, saya sudah bersedia untuk menyergah rumah jiran-jiran Islam saya di dalam lingkaran lima blok. Oleh sebab saya suka mengempiskan badan saya(taktik itu sudah tidak berkesan lagi) apabila di rumah-rumah saudara saya, mereka akan memuji 'kekurusan' saya dan beri saya lebih duit raya untuk kerja keras saya sepanjang tahun. Jika saya dapat memakai taktik itu lagi, saya akan mendapat sekurang-kurangnya $200 hingga $400(rumah-rumah rakan dan yang lain-lain terkecuali). Tetapi selepas revolusi zaman sekarang, mereka menjadi lebih cekap untuk mengesan sama ada saya sedang memakai taktik basi itu.




Rakan saya


Apa khabar kawan-kawan, saya kembali pada hari ini untuk memberitahu lebih tentang rakan saya yang saya amat perlukan di dalam hidupku ini. Salah satu daripada rakan-rakan saya yang sejati itu ialah Muhammad Isyraf Bin Salahudin Bin Cheeyahya. Inilah gambarnya apabila dia kelihatan dewasa.
Isyraf-2011
Tapi inilah apabila dia suka makan banyak. Dia sangat boncet pada tahun-tahun sekolah rendah. Inilah salah satu gambarnya yang amat sedih apabila dilihat dan dibandingkan dengan tahun ini. 
Wah boncetnya. - 2008

Kami memang tidak suka antara satu sama lain dalam awal tahun 2010. Dia sangat boncet. Saya cemburu. Tetapi, jika tidak salah saya, pada 14 Mac 2010, kami menaiki bas, dan mula ketawa tentang satu guru lesen kereta kerana muka dia sangat lucu. Tetapi, seketat-ketat tali pinggang Isyraf pada tahun-tahun yang lepas, ketat lagi tahap persahabatan kita.





Monday, 4 April 2011

Dua hari saya jadi popular

Dua tuhan lepas, abang saya yang amat kacak mengajak saya menonton Singapore Idol secara langsung di Mediacorp. Ia bermula kira-kira pada jam tujuh petang. Saya pergi ke sana bersama Faizal;abang saya ,Farah; teman sejati saya, dan juga Haron;kawan karib saya. Pada masa itu, saya amat ghairah kerana saya dapat bertemu walaupun tidak sedekatnya bersama peserta-pesertanya. Masa untuk sampai ke destinasi mengambil dua jam. Kami menaiki pelbagai cara transportasi seperti bas, LRT dan MRT. Selepas kami sampai tepat ke destinasi, kami menuju ke arah studionya. Sepatutnya, kami harus duduk di panggung di atas, tetapi, kerana panggung di bawah terdapat sedikit orang, kami menuju ke bawah. Saya ditangkap betul-betul belakang Florence Lian. Saya amat terkenal pada hari itu... sampai dua hari nanti.