Thursday, 14 April 2011

Hari Raya tahun lepas

(Dari kiri ke kanan) Abang Farhanku sayang, saya, Abang Faizalku sayang.



Salam sejahtera, apa khabar? Jika awak pernah membaca catatanku beberapa minggu lepas, awak mungkin tahu yang saya suka sangat apabila saya mendapat peluang untuk mendapat duit. Tidak kiralah, kerja, ataupun Hari Raya kegemaranku. Pada bulan Syawal setiap tahun, saya sudah bersedia untuk menyergah rumah jiran-jiran Islam saya di dalam lingkaran lima blok. Oleh sebab saya suka mengempiskan badan saya(taktik itu sudah tidak berkesan lagi) apabila di rumah-rumah saudara saya, mereka akan memuji 'kekurusan' saya dan beri saya lebih duit raya untuk kerja keras saya sepanjang tahun. Jika saya dapat memakai taktik itu lagi, saya akan mendapat sekurang-kurangnya $200 hingga $400(rumah-rumah rakan dan yang lain-lain terkecuali). Tetapi selepas revolusi zaman sekarang, mereka menjadi lebih cekap untuk mengesan sama ada saya sedang memakai taktik basi itu.




Rakan saya


Apa khabar kawan-kawan, saya kembali pada hari ini untuk memberitahu lebih tentang rakan saya yang saya amat perlukan di dalam hidupku ini. Salah satu daripada rakan-rakan saya yang sejati itu ialah Muhammad Isyraf Bin Salahudin Bin Cheeyahya. Inilah gambarnya apabila dia kelihatan dewasa.
Isyraf-2011
Tapi inilah apabila dia suka makan banyak. Dia sangat boncet pada tahun-tahun sekolah rendah. Inilah salah satu gambarnya yang amat sedih apabila dilihat dan dibandingkan dengan tahun ini. 
Wah boncetnya. - 2008

Kami memang tidak suka antara satu sama lain dalam awal tahun 2010. Dia sangat boncet. Saya cemburu. Tetapi, jika tidak salah saya, pada 14 Mac 2010, kami menaiki bas, dan mula ketawa tentang satu guru lesen kereta kerana muka dia sangat lucu. Tetapi, seketat-ketat tali pinggang Isyraf pada tahun-tahun yang lepas, ketat lagi tahap persahabatan kita.





Monday, 4 April 2011

Dua hari saya jadi popular

Dua tuhan lepas, abang saya yang amat kacak mengajak saya menonton Singapore Idol secara langsung di Mediacorp. Ia bermula kira-kira pada jam tujuh petang. Saya pergi ke sana bersama Faizal;abang saya ,Farah; teman sejati saya, dan juga Haron;kawan karib saya. Pada masa itu, saya amat ghairah kerana saya dapat bertemu walaupun tidak sedekatnya bersama peserta-pesertanya. Masa untuk sampai ke destinasi mengambil dua jam. Kami menaiki pelbagai cara transportasi seperti bas, LRT dan MRT. Selepas kami sampai tepat ke destinasi, kami menuju ke arah studionya. Sepatutnya, kami harus duduk di panggung di atas, tetapi, kerana panggung di bawah terdapat sedikit orang, kami menuju ke bawah. Saya ditangkap betul-betul belakang Florence Lian. Saya amat terkenal pada hari itu... sampai dua hari nanti.

Thursday, 31 March 2011

Aktiviti Cuti Sekolah Mac Saya

 Inilah sutnya.
Salam sejahtera kawan-kawan! Bertemu lagi kami di hari yang amat indah ini . Saya amat sibuk di cuti sekolah Mac saya. Ia dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti anjuran sekolah, dan juga masa saya dan juga keluarga saya mengikat silaturrahim. Di antara aktiviti-aktiviti anjuran sekolah, ialah Kem Pengawas, dan Kem NCC. Kem Pengawas terletak pada hari Isnin sahaja, manakala Kem NCC terletak pada hari Khamis dan Jumaat. Kem-kem itu telah mengajar saya untuk menjadi ketua yang lebih bertanggungjawab. Walaupun ia mengambil sebahagian daripada cuti sekolah saya, saya mendapati bahawa kedua-dua kem itu sangat seronok. Aktiviti lain yang saya mahu memberitahu anda ialah apabila saya dicabar untuk berlari sepuas hati di dalam pusat membeli-belah berdekatan... memakai selengkap sut. Pada mulanya, saya menolak cabaran itu. Tetapi selepas banyak desakan oleh adik-beradik dan saudara-mara saya, saya mengalah dengan berat hati. Itulah hari yang paling saya tidak akan lupakan.

Monday, 7 March 2011

Mengenai diri saya

 <---Mata duit
Nama saya Faiz Bin Zaini . Janganlah segan jika mahu menanya lebih tentang hidup saya yang amat biasa ini , jika ia tidak tertera di catatan ini . Saya amat aktif di hari-hari yang tertentu seperti cuti sekolah . Saya suka bermain bola sepak . Kelab kegemaran saya ialah Liverpool . Saya selalu berkumpul di bawah kolong blok rumah saya dengan rakan-rakan setempat untuk beriadah . Saya amat ramah, jadi jika anda mahu menghampiri saya, usah risau, kerana saya tidak akan memakan manusia. Saya suka duit. Dan situasi yang paling sesuai untuk mendapat duit bagi saya ialah Hari Raya. Secara purata, jumlah duit yang saya kumpul dalam sebulan di Hari Raya ialah dua ratus dolar. Lima puluh dolar akan diberi oleh ibubapa saya masing-masing. manakala seratus dolar dapat dikumpul apabila keluarga saya menziarahi rumah-rumah saudara saya, ataupun apabila saya menziarahi rumah-rumah kawan saya. Itulah sebahagian tentang diri saya. Terima kasih kerana rela membaca catatan saya ini.